Sunday, December 26, 2010

Allah Mengasihi Kita..kenapa Kita Tidak Boleh MengasihiNya??

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah," maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.

Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.

Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.

Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.

Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.

Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.

Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: 5)

Cinta Itu Luas dan Kadang-kadang ia di depan kita Tanpa Kita Sedari

Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah swt.

"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)

Marhalah Amal Islami (Lihat Nazarat fi Risalatul Taalim oleh Muhammad Abdullah Khatib m/s 229)

1. Pembentukan peribadi muslim
2. Pembinaan rumahtangga muslim
3. Membimbing masyarakat menuju Ilahi
4. Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuasa kuffar
5. Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut
6. Penguasaan alam

(Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin . Dapat disaksikan di negara - negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex .)

Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah Ar-Rum ayat ke-21 :

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir ."

Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam(Penguasaan Alam) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah. Bait muslim (rumahtangga Islam) sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang. Ketabahan , kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya .

Rumahtangga pejuang Islam

Aktivis gerakan Islam (samaada pihak suami atau isteri) sewajarnya memandang serius urusan mengenderai rumahtangga muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis. Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai, sedang rumahtangga muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung Al-Quran dan jihad.

Kedua dua pihak (pasangan suami isteri) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam; mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga.

Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan. Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama, bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .

Tips cinta untuk suami

* Bersikap baik dan lembut dengan isteri
* Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
* Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
* Bersabar terhadap karenah isteri
* Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros )
* Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra )
* Membantu tugas - tugas isteri dirumah
* Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
* Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
* Tidak bermesra dengan wanita lain
* Menjaga rahsia isteri
* Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain
* Tidak makan hasil kerja isteri

Tips cinta untuk isteri

* Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil .
* Segera memenuhi permintaan suami
* Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara
* Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
* Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
* Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir
* Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir
* Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
* Membantu urusan perjuangannya
* Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
* Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
* Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya
* Menghormati keluarga suami
* Menjaga rahsia suami

Tips cinta untuk kedua suami isteri

* Persefahaman
* Taawun ( bekerjasama )
* Wujudkan suasana romantis
* Atasi bebanan kerja
* Kepuasan seks
* Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
* Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
* Menghayati amal Islami
* Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga

Friday, October 29, 2010

MEMEBRI TEGURAN DAN MENERIMA TEGURAN

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Monday, October 11, 2010

ORANG BERIMAN SEBAGAI PENOLONG

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan RasulNya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang beriman sebagai penolong, merekalah yang akan mendapat kemenangan"(Surah al-Maldah 5:55-56)

Walaupun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah, namun manusialah yang paling terjerumus kehilangan sifat-sifat kemanusiaannya.
sedangkan makhluk-makhluk lain masih kekal dengan sifat-sifat
tabii masing-masing dalam kehidupan mengikut ketetapan Rabbul Jalil

Contohnya: lembu tidak pernah cuba untuk menjadi singa
supaya nampak kuat dan gagah, malah masih lagi dengan sifat tabiinya iaitu
dengan memakan rumput serta mengeluarkan susu..
Singa pula bukan semua binatang menjadi makanannya,
ia makan hanya untuk kelangsungan dan keperluan kehidupan sahaja tidak lebih daripada itu.

Bagi manusia pula, iaitu manusia yang tidak beriman sanggup melakukan
apa sahaja, sehingga hilang sifat kemanusiaan.
seperti meredah dan membaham apa sahaja asalkan boleh
mendatangkan keuntungan tanpa memikirkan yang hak dan batil.
Bermuka-muka dengan sesiapa sahaja yang boleh memberi keuntungan atau manfaat
pada diri sendiri.
sehingga ada yang sanggup mengkhianati walaupun saudara sesama Islam.


Sebab itu kita begitu yakin bahawa keyakinan , penghayatan dan perlaksanaan
tuntutan kalimah tayyibah ini sebenarnya menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenarnya atau sebaliknya.
Tanpa ucapan kalimah ini, serta merta akan menjatuhkan atau menjadikan
seseorang itu serendah-rendah malah juga sehina-hina makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t

Thursday, October 7, 2010

BAHAGIAN TUBUH YANG PALING BERMAKNA PADA DIRI KITA..

APAKAH BAHAGIAN TBUH YANG PALING BERMAKNA??
PERNAHKAH KITA TERFIKIR SELAMA INI??
TIDAK BUKAN??
SATU HARI AKU MENDAPAT MESEJ YANG BERTAJUK BAHAGIAN TUBUH YANG PALING BERERTI

AKU TERTARIK DENGAN TAJUK TERSEBUT SEJAK KALI PERTAMA TERBACA TAJUK MESEJ TERSEBUT...TIDAK PULA AKU PERNAH TERFIKIR BEGITU..
LALU TANPA BERLENGAH LAGI, AKU PUN TERUS KLIK PADA INBOX AKU.

AKU MULA MEMBACA APAKAH YANG INGIN DICERITAKAN PENULIS INI.
INILAH KISAH @CERITANYA:

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting.
Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."
Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.

Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."
Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis.

Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis.

Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup".

Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa.

Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata.

Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"

Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis.

Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.

Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.

Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past,

Change the events for future, or You will be miserable forever…


SETELAH SELESAI SAHAJA AKU MEBACA MESEJ ITU,
AKU BERFIKIR SEJENAK BETAPA DALAMNYA MAKSUD@MESEJ YANG CUBA DISAMPAIKAN.

*INGATLAH.DALAM DUNIA INI..JANGANLAH TERLALU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
KERANA DALAM DUNIA I NI, KITA HIDUP SALING MEMERLUKAN SERTA SALING MELENGKAPI


MANUSIA BIASANYA AKAN LUPA APA YANG KITA LAKUKAN
LUPA APA YANG KITA KATAKAN


TETAPI TIDAK AKAN LUPA BAGAIMANA KITA MEMBUAT MEREKA BERASA BERERTI
FAHAMILAH KEADAAN ORANG LAIN DAN HARGAILAH MEREKA DI SEKELILING KITA SBELUM TERLAMBAT*


Friday, September 17, 2010

HUKUM MENJIRUS KUBUR


APAKAH HUKUM MENYIRAM KUBUR NIE..LAGI2 MNGGUNAKAN AIR YASSIN???
adakah benda nie cume bidaah turun temurun atau...mmg dilakukan pd zaman rasulullah..


Bid'ah bukanlah hukum, kerana Ulamak Faqih membahagikan hukum kepada lima iaitu Wajib, Harus, Makruh, Sunat dan Haram.

Mengenai persoalan menyiram kubur yang kebiasaannya dilakukan oleh Umat Islam di Malaysia inilah jawapannya :


Hukum Menjirus Kuburan

Dalil :

Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215.

Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya.

Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i.

Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain. Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan, bunga narjis dan sebagainya yang diperolehi dengan mudah dan tanpa sebarang kos. Ini tidaklah menjadi masalah kerana boleh dikiaskan perbuatan Junjungan yang meletakkan pelepah tamar atas kubur.

Tetapi menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas dari serendah-rendahnya dihukumkan makruh yakni dibenci Allah dan rasulNya dan diberi pahala pada meninggalkannya, seperti juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada faqir dan miskin atas nama si mati, dan ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulama tanpa ada khilaf

Friday, August 27, 2010

KEAIBAN YANG DITUTUP ALLAH

Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan bergantung kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup SETIAP hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.


Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "

Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)


Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.


Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan? Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!


Firman Allah:

"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)


Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.


Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.


Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)



Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.


Waspadalah akan firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)


Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).


Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.

Sunday, August 22, 2010

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

seronok jer rasanya bila berpuasa,tambah-tambah pula ia hanya datang
setahun sekali..ia adalah bulan yang paling
umat Islam seluruh dunia nanti-nantikan
bukan itu sahaja, bulan mulia ini ada banyak kelebihannya


Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.



wallahua'lam

Friday, August 20, 2010

WAHAI SAHABATKU YANG MENCARI CINTA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?



Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

Tuesday, August 17, 2010

SEMUA ITU MENGARUT..

Terlalu mengarut untuk dipercayai..
apa yang saya nak cerita di sini ialah, pasal surat layang,
tahu tak surat layang yang dimaksudkan??
Alaaa..surat yang kalu kita tak sebarkan, nanti macam-macam benda buruk
jadi dekat kita....
Dulu, pakai surat sekarang pakai mesej la pula....
Yang paling tak tahan,ada yang hantar mesej itu atas nama Allah
isk3! boleh pula main sumpah2 atas nama Allah..
Kalau siapa yang percaya, mesti mereka semua tu akan sebarkan mesej2 tu.
Ape la..takkan benda macam tu nak percaya...
Nampak sangat siapa yang percaya benda2 ni,
tak berpegang teguh dengan apa yang ada sekarang
mereka semua tu..lupa ker..semua kejadian adalah
di bawah kuasa Allah, bukannya bawah kuasa surat atau mesej tu..

Jadi kesimpulannya, kalau dapat mesej atau surat2 macam tu, abaikan jer.. tak payah amek kisah..


Sunday, August 15, 2010

WANITA

Duhai wanita,

setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU

Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya

Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya

Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya

Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai

Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai

apa itu HARAM apa itu HALAL

Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU

Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri

dan MENJAGA AURAT Kerana MALU,

si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan,

HALAL dan HARAM tu kena INGAT!

Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.

JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA.

Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya

Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR

Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt

Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya

MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya

MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN

MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU

MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.

MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!


Thursday, August 12, 2010

RIWAYAT AL-BAIHAQI DARI IBN MAS'UD LA.A

"sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam,
maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya"
-Sabda Rasulullah S.A.W

Wednesday, August 11, 2010

KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA MUSLIMAH

Kaum perempuan kadang-kadang mesti ada yang merungut sebab tiada kebebasan dalam
berpakaian sampai ada yang merungut susah jadi wanita Islam kerana
beberapa peraturan yang ditetapkan syarak
seperti yang ditunjjukan di bawah ini:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki
.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang banyak beribadah karena masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

Tetapi ”!PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA...??aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga...makanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan merata-rata, bukan? Itulah perbandingannya antara seorang muslimah denngan
perempuan lain

Satu:Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari ayahnya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan anak adalah syahid.

Empat:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja : shalat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah...demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?masih nak malas2 jaga aurat??Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

Tuesday, August 10, 2010

RENUNG-RENUNGKANLAH

Dia adalah Rasul yang sentiasa membimbing umat2nya
dan tidak pernah berputus asa memperjuangkan agama Islam walaupun
dicaci, dimaki hamun, di hina, dipulaukan serta didustakan
oleh kaum kafir yang menolak kebenaran dalam AL-QURAN
bahawa dia adalah Nabi yang terakhir

Dia juga adalah kekasih Allah, seorang hamba yang amat disayangi
oleh ALLAH.
Betapa mulianya Dia di sisi Allah.
Dia adalah Rasul kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w

Kita sebagai umatnya pula, apa yang kita lakukan untuk Nabi kita???
Adakah kita memperjuangkan ajaran agama kita
seperti Nabi Muhammad lakukan?

Kalau ada pun tidak ramai yang sanggup melakukannya.
kerana mereka yang lain lebih suka menikmati kesenangan
sementara di dunia daripada menikmati
kesenangan di akhirat yang selama-lamanya.

ini kerana janji Allah terhadap sesiapa
yang berkorban untuk membela agamaNya,
ganjarannya adalah syurga yang hakiki.

Tapi..itu ketika zaman Nabi Muhammad.
bagaimana pula dengan sekarang??
kini dah akhir zaman.

sedih..begitu susah payah agama Islam
cuba dibela kini..mudah sahaja
umat Islam membelakangkan
dan berpaling tadah dengan agama Islam

Kerana apa?? kerana ingin mendapatkan jaminan
kesenangan diri sendiri
mereka lupa, kesenangan yang mereka terlalu rebutkan
itu adalah sementara sahaja

bukan itu sahaja..mereka sanggup berbuat demikian adalah disebabkan
rasa takut terhadap kuasa yang lebih besar,iaitu ditindas
tetapi mereka lupa andai mereka mati ketika
ditindas demi mempertahankan Agama Islam

ada tempat yang lebih baik menanti mereka.
di mana lagi kalau bukan di syurgawi.
Ini adalah pasti kerana ini adalah janji Allah
dan Allah tidak pernah memungkiri janjiNya

Kita sebagai umatnya terus melakukan
kerosakan di bumi Allah ini
kita lupa bahawa kita ini hanyalah seorang hamba yang lemah, dayus serta sentiasa memerlukan
pertolongan daripada pencipta kita,iaitu Allah s.w.t.

sedar atau tidak, kita terlalu sombong untuk akur
bahawa kita adalah hamba yang perlu menurut
perintah penciptaNya.
sentiasa hanyut dengan keseronokan dunia yang tiada batas.

Allah itu sentiasa memerhatikan kita.
tapi kita sentiasa lupa kita diperhatikan.
dan kita melakukan perkara yang dilarang sama sekali.

Amalan yang kita lakukan sekarang
belum cukup untuk menanpung untuk ke syurga.

AKHIR SEKALI, RENUNG-RENUNGKANLAH DI MANA LETAKNYA KITA DI SISI
ALLAH..
JAUH SEKALI UNTUK DILETAKKAN SAMA TARAF DENGAN KEKASIHNYA,
NABI MUHAMMAD.
TETAPI, ITU TIDAK BERMAKNA KITA TIDAK BERPELUANG
UNTUK MENCIUM BAU SYURGANYA.





BAGAIMANA MEREBUT HIDAYAH

Berpegang teguh dengan agama

Berilmu

Taat pada Rasulnya

Berdoa kepada Allah

Beramal dengan Al-Quran dan sunnah

Mendengar ceramah, peringatan atau tazkirah

KATA ORANG BIJAK BESTARI

Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan,
itu adalah biasa

Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan,
itu dendam

Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan,
itu zalim

Jika kejahatan dibalas dengan kebaikan,
itulah mulia namanya.

BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah..pada 10/8/2010
bermulanya bulan yg dinanti-nantikan umat Islam seluruh dunia..
iaitu bulan yang dipenuhi keberkatan dan kerahmatan.
bulan yang dimaksudkan adalah bulan RAMADHAN.

Pada masa ini lah mereka akan mengambil kesempatan untuk meningkatkan
amal ibadah sama ada yang wajib ataupun yang sunat.

Pada bulan ini yang dipenuhi kerahmatan ini juga banyak hikmah
dan kelebihan yang telah Allah berikan kepada hamba-hambaNya.
iaitu semua pintu NERAKA ditutup..
dan pintu-pintu SYURGA tebuka luas.
Malaikat-malaikat diturunkan untuk sentasa mencatat segala ibadah
yang dilakukan kita walaupun sedikit

Pada bulan ini juga, mengajar kita erti kesabaran dalam segala hal
tidak kira dari segi fizikal atau rohani.

Serta mengajar kita tentang bagaimana perasaan dan penderitaan
yang dialami oleh saudara Islam yang dilanda peperangan seperti
di bumi Palestin di mana mereka cukup sukar untuk merasa
walau sedikit pun rezeki.
Semoga bulan Ramadhan ini dapat memberikan kita
penghayatan tentang kesusahan dan kepayahan yang dialami
oleh saudara-saudara Islam yang kurang bernasib baik di sana
iaitu di bumi Palestin..

Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat menyambut
bulan puasa di bumi yang aman..
walaupun memang ada yang miskin..
tetapi sekurang2nya ada perasaan dan suasana yang selamat dan aman damai
Bandingkan pula dengan saudara2 Islam kita yang tidak mempunyai
kedua2nya, iaitu kekurangan bekalan makanan dan rasa selamat












AKHIR SEKALI DARI SAYA..SEMOGA RAMADHAN KALI PENUH MAKNA
DAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA..

Wednesday, May 12, 2010

REALITI SEBENAR DUNIA

setiap orang pasti ada perasaan nak melarikan diri daripada masalah.

tapi, tulah yang silap sebenarnya,sebab masalah itu tidak diselesaikan dan asyik melarikan diri, boleh menyebabkan diri kita kadang2 terasa beban, tekanan dan boleh juga mendorong menghantui diri kita sendiri.

inilah kenyataan yang memang perlu kita hadapi walaupun kita tidak mahu dalam hidup kita.

siapa yang nak masalah? kalau boleh kita memang nak selalu hidup kita sempurna atau seperti yang kita rancang atau yang kita inginkan

kalau difikirkan balik,segala masalah yang telah kita hadapi inilah yang mematangkan kita serta menunjukkan siapa diri kita yang sebenar,

ketika itulah kita dapat lihat sama ada layakkah kita berada di sini jika suatu perkara buruk berlaku
atau bolehkah kita menyelesaikan sesuatu dengan bijak tanpa melakukan perbuatan2 yang bodoh seperti membunuh diri

bukan itu saja kalau kita dapat menyelesaikan suatu masalah itu, sekurang-kurangnya kita sudah tahu cara nak menyelesaikan masalah yang sama jika berlaku lagi.

lagi satu yang boleh kita kaitkan dengan realiti dan kenyataan ialah jika kita memohon atau meminta sesuatu agar dimakbulkan permintaan itu.

kadang2 ada yang berasa kecewa atau putus asa andai doa yang dimohon berkali-kali tidak juga dimakbulkan.

kemudian timbullah soalan atau pernyataan yang mengatakan Allah itu tidak mendengar doa2 nya.

bukankah Allah itu Maha Mendengar. sepatutnya kita yang harus mencari di manakah silap kita dengan Allah.
adakah kita telah melakukan perkara2 yang dimungkari sehingga doa kita tidak dimakbulkan
atau lebih tepat kita hanya berdoa tetapi langsung tidak ada usaha.

mana ada dalam dunia ini yang boleh dapat sesuatu dengan sewenang-wenangnya.
contohnya, kalau kita nak duit, mesti kita cari jalan macam mana nak mendapatkan duit mungkin dengan bekerja.

begitu juga dengan doa kita.kalau tiada usaha, tetapi hanya berdoa..tidak lengkaplah kita punya impian
ini kerana doa diiringi dengan usaha serta tawakkal.

akhir sekali kesimpulannya ialah,di dalam dunia ini tiada yang senang.segala yang kita dapat dan ada pada hari ini hanyalah untuk menguji diri kita serta dapat mematangkan kita sendiri.

kita hanya merancang dan kita tidak tahu apa yang disediakan untuk kita pada masa hadapan
mungkin hari ini kita tidak dapat atau gagal.tetapi ingatlah..semua ini bukannya untuk selama-lamanya

gagal di dunia adalah lebih baik daripada gagal di akhirat kerana dunia hanyalah sementara dan ujian manakala akhirat adalah selama-lamanya


Sunday, April 18, 2010

SELAMAT TINGGAL

akhirnya pada tanggal 19 aribulan, tamat la satu penyeksaan,iaitu final exam.
bagi mahasiswa dan mahasiswi tahun 3, itulah kali terakhir nampak mereka, kerana selepas ini tiada lagi muka-muka mereka lagi.
tapi bukan ini yang nak diceritakan.

Apa yang nak diceritakan dekat sini ialah bagaimana mereka yang tahun 3 ini bnyak memberikan kenangan .

kenangan yang dimaksudkan ialah di mana mereka mengajar pengalaman dengan memberikan pengalama melalui pelbagai cara.

Mereka juga boleh dianggap sebagai abang dan kakak bg kami yang tahun 1. masih muda, abang dan kakak yg sentiasa memberi peringatan.
mereka juga banyak mengajar tentang bagaimana nak berusaha demi mencapai suatu kejayaan
iaitu mendapatkan sijil DIPLOMA.
sama- sama lah kita doakan kejayaan untuk mereka.
Bagi aku, mereka telah banyak mengajar aku tentang usaha dan nilai tidak berputus asa.
biarpun dalam melakukan apa2 perkara

ini kerana ada sahaja yang memberikan dorongan kepada adik2 mereka,
bukan itu sahaja, ada juga abang dan kakak yang memberi bimbingan dalam agama

dan ada juga yang sentiasa mengingatkan apa yang terlupa seperti melakukan perkara yang dituntut dalam Islam serta menjelaskan perkara yang tidak jelas.

Sebenarnya, aku sangat beruntung dapat berkenalan dengan mereka2 seperti ini.
mereka mengajar aku erti keyakinan diri untuk berbicara dengan orang lain,
yang sebelum ini aku memang susah untuk berbicara dengan orang lain

bukan itu sahaja, aku juga berterima kasih kepada mereka yang sentiasa membimbing dalam ajaran2 Islam yang diri aku ini sentiasa lalai dan alpa dengan tanggungjawab terhadapNya.

Ini kerana aku sangat daif tentang perkara2 yang berkaitan dengan Islam

Mujur sahaja ada yang membimbing dan mengingatkan aku dalam perkara2 seperti ini.

Dalam berkenalan dengan mereka seperti ini, akhirnya aku telah jatuh cinta dalam menuntut ilmu agama.

ya, aku mengaku..sebelum ini aku tidak tertarik lngsung untuk membaca buku2 seperti itu.
tetapi sejak alu berkenalan dengan mereka2 seperti ini, akhirnya, hati aku terbuka dengan perlahan-lahan untuk mempelajari ilmu2 seperti itu.

Bukan ingin kata aku mahu menjadi ustazah, tetapi aku ingin merasa kemanisan tentang agama Islam yang sebenar.Aku bersyukur kerana setakat ini..hati aku mula sentiasa ingin kan buku2 yang berkaitan dgn agama Islam

satu lagi, apa yang paling aku inginkan dalam hidup ini ialah taubat.

aku ingin bertaubat sebelum maut menjemput aku.

aku sentiasa mengharapkan begitu.

Kita tidak tahu bukan? bila nyawa kita akan diambil..bagi aku, mati dalam keadaan bertaubat dan diterima Allah adalah merupakan anugerah yang tidak ternilai.

Aku masih lagi menunggu hidayah dariNya.
Ya Allah, sesungguhnya, aku benar-benar ingin bertaubat kepadaMu.bukakanlah pintu hatiku Ya Allah supaya aku bertaubat kepadaMu.

semua keinginan aku semakin jelas apabila aku melihat orang2 seperti ini, tidak mengaharapkan apa2 di dunia ini..

Mereka hanya mengharapka sesuatu yang kekal abadi tetapi indah.
mana lagi kalau bukan di SYURGA

melalui pembacaan blog2 mereka, aku juga dapat mempelajari sesuatu.
terima kasih kepada mereka.

terima kasih kepada tahun-tahun 3 yang banyak mengajar erti sentiassa berusaha walaupun berkali-kali gagal

juga terima kasih kerana sentiasa melayan kami seperti adik2 sendiri

dan terima kasih kerana banyak bersabar dengan perangai kami yang masih tidak matang

tapi sayang selepas ini tiada lagi mereka2 seperti ini lagi..kerana mereka akan menamatkan pembelajaran mereka pada tahun ini.
semoga mereka diberikan kejayaan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dalam limpahan kurnia rahmatNya.
AMIN...
Akhir sekali, ini sahaja aku ingi katakan tentang mereka2 tahun3..
selamat tinggal buat mereka.....


Saturday, March 27, 2010


hargailah selagi boleh
semua perkara yang ada sekarang, mesti akan hilang atau terlepas dari tangan kita.
kita tak boleh nak meramalkan apa yang bakal atau akan jadi pada kita mahupun orang sekeliling kita.
setiap orang di sekeliling kita merupakan anugerah atau nikmat yang Allah telah berikan. Allah telah memberikan nikmat ini menunjukkan bahawa Allah itu maha Pemurah kerana telah memberikan atau menganugerahkan orang2 yang istimewa di sekeliling kita.
selalunya,orang hanya akan sedar betapa penting nya seseorang itu dalam hidupnya bila sudah kehilangan, terasa kekosongan dalam diri tanpa orang yang selalu di sisinya. ketika itu, sudah terlambat untuk mendapatkan semula apa yang telah dilepaskan.
memang terasa sakit bila kehilangan seseorang atau sesuatu yang sentiasa bersama kita, tapi semua itu akan terasa berbaloi sekiranya kita mengahargai seseorang atau sesuatu perkara dalam hidup kita dengan cara menggembirakan kita atau orang disekeliling kita sendiri.
dengan semua kenangan yang menggembirakan itulah mampu mengubati rasa sakit atau kehilangan kerana kita telah melakukan sesuatu yang tidak mampu digantikan dengan harta benda, hanya dengan moment2 yang sentiasa berada dalam memori.

moment2 dalam memori itulah yang sentiasa mengajar erti kehidupan atau kepentingan orang yang sentiasa di sisi kita.
di manakah mampu kita cari orang yang sama?
mungkin boleh, tetapi tidak seistimewa yang sentiasa dengan kita.
ibarat suatu bentuk yang tidak padan dengan acuannya, walaupun mirip tapi tidak terlalu sama