Sunday, December 9, 2012

KONSEP IBADAH: LUAS KONSEPNYA

Apakah yang di kata kan sebagai ibadah? Kalau kita sebut IBADAH, secara automatik, orang hanya akan terfikirkan SOLAT, PUASA, HAJI, dan ZAKAT

Tapi sebenarnya, konsep ibdah itu sangat luas.IBADAH itu bukan hanya perkara yang disebutkan di atas.
IBADAH itu sendiri merangkumi kehidupan kita sendiri, cuma kita sahaja yang tidak sedar apa yang kita lakukan juga adalah ibadah

IBADAH itu terbahagi kepada 2 iaitu:

IBADAH KHUSUS: seperti, SOLAT, PUASA, HAJI DAN ZAKAT pendek kata, yang merangkumi FARDHU AIN dan juga FARDHU KIFAYAH.*FARDHU KIFAYAH dikatakan sebagai IBADAH KHUSUS kerana seperti yang kita tahu, jika seorang tidak melaksanakan ibadah tersebut, maka semuanya berdosa.CONTOH FARDHU KIFAYAH yang dapat kita lihat dalam masayrakat kita sendiri adalah PENGURUSAN JENAZAH dengan BETUL.

IBADAH AWAM: Ibadah awam ialah sesuatu yang kita lakukan dengan berniat baik. seperti menolong seseorang dalam kesusahan.Ibadah awam ini adalah ibadah yang kita sering lakukan dalam kehidupan seharian kita, seperti TIDUR, kenapa kita kata tidur adalah IBADAH? ini kerana dalam kehidupan Rasulullah S.A.W, Rasulullah S.A.W akan tidur mengiring sebelah kanan dengan meletakkan tapak tangan di bwah sisi muka baginda.Bukan itu sahaja,cara kita makan juga adalah ibadah, sama juga seperti TIDUR, Rasullullah S.A.W makan menggunakan tangan. Segala perbuatan yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah S.A.W ada lah sunnah dan sunnah adalah sebahagian daripada IBADAH.

IBADAH juga boleh dilakukan dengan anggota badan kita:

Ibadah dengan menggunakan TELINGA: kita mendengar perkara-perkara yang baik-baik seperti mendengar majlis agama atau pun kalam Allah S.W.T

Ibadah dengan menggunakan LIDAH: Kita memuji kebesaran Allah, berkata menggunakan perkataan yang baik-baik

Ibadah dengan menggunakan MATA: Kita melihat kebijaksanaan Allah, bagaimana Allah mencipta seluruh alam yang kita duduki sekarang serta berfikir tentang kebesaran dengan memuji ALLAH S.W.T

Ibadah dengan menggunakan KAKI: kita tidak pergi ke tempat yang di larang dalam Islam seperti kelab malam, ataupun pub

Ibadah menggunakan TANGAN: Tangan yang memberi adalah lebih lebih mulia daripada tangan yang menerima.Ini kerana dengan memberi, sekurang-kiurangnya, kita dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh seseorang.

Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang ini kerana segala yang kita lakukan, walaupun bukan lah perkara besar, masih lagi diberikan pahala.walaupun dengan memulakan perkataan bismillah ketika ingin memulakan sesuatu pekerjaan..

Janganlah kita menyempitkan pemikiran kita tentang KONSEP IBADAH, walhal KONSEP ibadah itu sangat luas selagi perbuatan kita menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarangNYA.




Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan~2012















Asalamualaikum, dah lama juga saya tak update blog saya.. (sebab saya lupa saya ada blog nie) -,-
Apa-apa pun, sebelum tu, saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan.Alhamdulillah, kita semua bertemu dengan Ramadhan sekali lagi~! 


Percaya atau tak, bulan ini la yang paling excited dalam banyak-banyak bulan..kan2~
Bagi saya la, memang bulan Ramadhan la yang paling saya suka.Sebab apa?

1)Semua pintu Neraka ditutup dan hanya pintu Syurga yang terbuka luas,
(rasa rugi kalau kita tak rebut peluang ini dengan buat amal ibadah sebanyak2 nya)

2)Dalam bulan ini juga segala amalan kita dilipat gandakan pahalanya
(Allah itu sangat pemurah, w'pun dengan hanya niat, belum lagi melakukannnya, kita masih lagi dapat pahala)

3)Mengajar kita bagaimana untuk bersabar, bersabar dalam segala hal.Bersabar dari segala perbuatan dan perasaan.Selain daripada itu, mengajar kita merasa penderitaan orang miskin tanpa makanan
(Kita sebagai rakyat Malaysia yang telah dilimpahi bnyak rezeki sepatutnya bersyukur, dan tidak harus complain w'pun hanya dapat berbuka puasa dengan tamar/kurma.Dibandingkan dengan negara2 yang tidak bernasib baik seperti somalia,)

4)Rasa tenang sahaja suasana Ramadhan(Allah memberikan keberkatan dan kerahmatanNya dengan cara yang kita tidak boleh nampak, tp boleh merasainya)

5)Selain daripda itu, ada jugak kebaikan berpuasa.Menurut kajian perubatan,dengan cara berpuasa, kita dapat menyucikan balik perut kita, maknanyer.. bagi perut kita rehat dan membentuk balik usus kita kepada saiz yang sepatutnya)


Ini sahaja la entri saya pada hari ini, semoga kita bertemu lagi, InsyaAllah..Asalamualaikum