Monday, October 11, 2010

ORANG BERIMAN SEBAGAI PENOLONG

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan RasulNya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang beriman sebagai penolong, merekalah yang akan mendapat kemenangan"(Surah al-Maldah 5:55-56)

Walaupun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah, namun manusialah yang paling terjerumus kehilangan sifat-sifat kemanusiaannya.
sedangkan makhluk-makhluk lain masih kekal dengan sifat-sifat
tabii masing-masing dalam kehidupan mengikut ketetapan Rabbul Jalil

Contohnya: lembu tidak pernah cuba untuk menjadi singa
supaya nampak kuat dan gagah, malah masih lagi dengan sifat tabiinya iaitu
dengan memakan rumput serta mengeluarkan susu..
Singa pula bukan semua binatang menjadi makanannya,
ia makan hanya untuk kelangsungan dan keperluan kehidupan sahaja tidak lebih daripada itu.

Bagi manusia pula, iaitu manusia yang tidak beriman sanggup melakukan
apa sahaja, sehingga hilang sifat kemanusiaan.
seperti meredah dan membaham apa sahaja asalkan boleh
mendatangkan keuntungan tanpa memikirkan yang hak dan batil.
Bermuka-muka dengan sesiapa sahaja yang boleh memberi keuntungan atau manfaat
pada diri sendiri.
sehingga ada yang sanggup mengkhianati walaupun saudara sesama Islam.


Sebab itu kita begitu yakin bahawa keyakinan , penghayatan dan perlaksanaan
tuntutan kalimah tayyibah ini sebenarnya menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenarnya atau sebaliknya.
Tanpa ucapan kalimah ini, serta merta akan menjatuhkan atau menjadikan
seseorang itu serendah-rendah malah juga sehina-hina makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment